Wednesday, November 28, 2012

KESIMPULAN (folio 2)


Folio2

Secara keseluruhannya dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa konsep pengurusan sumber manusia menyaran satu pendekatan baru dalam pengurusan tenaga kerja. Diantara sifat utama konsep ini ialah penekanan kepada satu pendekatan yang strategic. Ini beerti amalan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi hendaklah memenuhi kehendak strategi organisasi.  Kepentingan kewujudan  pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi amat penting untuk menjadikan sesebuah organisasi itu bergerak dengan lebih baik dan kehadapan untuk mencapai matlamat organisasi itu sendiri. Untuk mencapai tahap yang diinginkan, satu kaedah yang lebih tepat dan sejagat perlu dikenalpasti dalam menilai pengurusan sumber manusia.  Ini sebenarnya memerlukan penggunaan mengukur berbilang untuk membolehkan satu penilaian yang lebih tepat. Ini mungkin lebih wajar kerana kesan pengurusan sumber manusia tidak terhad kepada satu aspek sahaja. Antara lain, prestasi pengurusan sumber manusia perlu di nilai dari segi keupayaannya dalam  mewujudkan mutu kehidupan kerja yang baik bagi tenaga kerjanya. Kajian-kajian sikap serta kepuasan pekerja perlu dilihat sebagai di antara unsur penting dalam menilai prestasi pengurusan sumber manusia. Ini akan membolehkan penilaian yang menyeluruh terhadap keberkesanan pengurusan sumber manusia terhadap sesebuah organisasi.

1 comment:

  1. Best 10 Mobile Casino Apps for Android and iOS
    The 경산 출장마사지 Best 10 Mobile Casino Apps for Android · NetEnt, NetEnt, NetEnt, 화성 출장마사지 Sling TV, Jackpot, Spin, Spin and 나주 출장안마 More 춘천 출장샵 · Jackpot 수원 출장안마 Slots, Blackjack,

    ReplyDelete