Wednesday, November 28, 2012

WEB BERASASKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJA


Folio2

Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah satu perkara penting dan berkait rapat dengan keselamatan dan  kesihatan masyarakat serta persekitaran secara keseluruhannya. Isu mengenai keselamatan dan kesihatan adalah menjadi agenda utama di tempat kerja. Persekitaran kerja perlu selamat dan tidak  mendatangkan risiko kepada pekerja. Justeru itu, kerajaan Malaysia melalui jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau “Department of occupational safety and health” (DOSH) telah mengubal satu akta pada tahun 1994 (AKKP1994). Akta ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka untuk mewujudkan satu situasi kerja yang sihat dan selamat.

Sejarah keselamatan pekerjaan diperkenalkan oleh jabatan kilang dan jentera dari kementerian sumber manusia berikutan inseden letupan kilang mercun di sungai buloh yang berlaku pada tahun 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam inseden tersebut. Selepas kejadian itu, sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama akta kesihatan dan keselamatan pekerja 1994. Jabatan kilang dan jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada jabatan kesihatan dan keselematan pekerjaan.

Kerajaan amat menitikberatkan Keselamatan dan kesihatan pekerja dalam melindungi mereka dan memberi hak kepada pekerja untuk mendapatkan apa yang sepatutnya mereka miliki. Menurut akta Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994(514), keselamatan industri bertujuan mewujudkan satu suasana kerja yang selamat kepada pekerja dalam sesebuah indutri. Pekerja selalunya terdedah kepada pelbagai bahaya seperti kebisingan , asap dan gas, bahan kimia, kepanasan, radiasi nuclear, pengendalian jentera dan sebagainya yang mana jika tidak diambil perhatian akan menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap Keselamatan dan kesihatan pekerja. Tujuan akta ini ditubuhkan adalah untuk menjamin keselamatan , kesihatan dan kebajikan pekerja dan orang lain yang secara sah berada di tempat kerja terhadap risiko-risiko Keselamatan dan kesihatan yang berbangkit dari aktiviti-aktiviti pekerjaan di tempat kerja. Akta ini juga untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang selesa untuk pekerja supaya bersesuain dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.

Terdapat peraturan-peraturan  dan garis paduan yang perlu di patuhi oleh semua majikan atau organisasi berkaitan dengan Keselamatan dan kesihatan pekerja.  Garis panduan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan peruntukan di setiap seksyen di dalam Akta.Garis panduan ini menyediakan bantuan kepada para pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam menjalankan tugas untuk menguatkuasakan Akta ini di tempat kerja yang termaktub dibawah Akta ini.Garis panduan ini juga boleh digunakan oleh para majikan, orang bekerja sendiri, penghuni, perekabentuk, pengilang, pembekal, pekerja dan kesatuan sekerja untuk memahami dan melaksanakan tugas mereka yang ditetapkan di dalam Akta.

Garis panduan ini meliputi:
1. Semua seksyen di dalam AKKP 1994.
2. Penerangan terhadap semua seksyen AKKP 1994.
3. Contoh yang releven tentang peruntukan yang sesuai dilaksanakan.
4. Contoh-contoh kes undang-undang berkenaan keselamatan dan    kesihatanpekerjaan (tempatan dan luar negara).

Akta ini merupakan payung yang melindungi pekerja di tempat kerja daripada segi keselamatan dan kesihatan, malah ia merupakan suatu peraturan kendiri.Majikan mestilah mematuhi peruntukan di dalam Akta ini, peraturan dan tataamalan dan garis panduan yang releven (atau sekurangkurangnya melakukan yang setara baik) serta mengikuti amalan terbaik dan nasihat.Para pekerja juga mesti mematuhi peruntukan dalam Akta dan bekerjasama dengan majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Ini adalah selari dengan prinsip Akta yang mana ia menjelaskan tanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas orang yang mewujudkan risiko (majikan) dan mereka yang bekerja dengan risiko (pekerja).Dengan adanya penerangan yang lebih jelas tentang peruntukan Akta ini, diharapkan terdapat suatu keseragaman dalam pemahaman di antara para pegawai penguatkuasa dan mereka yang cuba mematuhi Akta ini.Harus diingatkan bahawa sekiranya terdapat perlanggaran terhadap peruntukkan Akta ini, ia merupakan satu kemungkiran undang-undang jenayah.Bagi golongan yang mengalami kemalangan atau kecederaan dan sebagainya boleh mendakwa di mahkamah sivil sekiranya terdapat pelanggaran peruntukan Akta ini.



Rujukan:


No comments:

Post a Comment