Wednesday, November 28, 2012

MAKLUMAT DAN KELEBIHAN KOMPETITIF (INFORMATION AND COMPETITIVE ADVANTAGES)


Folio1

Kelebihan daya saing atau kelebihan kompetitif  adalah merujuk kepada dua organisasi yang wujud di mana kedua-dua organisasi ini menghasilkan satu produk yang lebih kurang sama dan perlu bersaing untuk mendapatkan keuntungan , meningkatkan jualan dan kepuasan pelanggan. Kelebihan kompetitif ditakrifkan sebagai kelebihan strategic suatu perniagaan entiti yeng melebihi saingan dalam industry yang berdaya saing. Ianya akan berlaku apabila organisasi mahu membangunkan atau mahu melaksanakan pengeluaran daripada pesaing-pesaing. Ia adalah tentang bagaimana mereka meletakkan organisasi mereka sebagai pesaing utama dan bagaimana mereka mahu untuk menjadi yang terbaik dikalangan organisasi-organisasi yang lain yang mana perbezaan itu akan wujud sebagai produk, perkhidmatan dan keupayaan mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna mahupun pelabur. Kelebihan kompetitif juga adalah gabungan dengan HR dan IS. Ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan keuntungan organisasi, untuk memperbaiki komunikasi dikalangan mereka dan untuk memenuhi objektif mereka. Contohnya penggunaan IS teknologi yang melibatkan system yang boleh menghubungkan organisasi kepada pembekal, pengedaran dan pelanggan.

Terdapat lima strategi kompetitif yang boleh digunakan oleh semua organisasi antaranya adalah :

·         kepimpinan kos
·         strategi perbezaan
·         ,strategi innovasi
·         strategi pertumbuhan
·         strategi pakatan
 Kelima-lima strategi ini bertujuan untuk mencapai matlamat yang ingin mereka capai untuk menaikkan nama dan prestasi organisasi mereka dalam dunia persaingan.

 Sistem maklumat pula ditakrifkan sebagai satu sistem set kompenen yang saling berkaitan untuk menghasilkan data yang berguna kepada pengguna. Ianya merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan di dalam proses membuat keputusan. System ini juga adalah berasaskan satu pengubahan data bagi menyediakan bantuan analitik kepada analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan. Sistem maklumat bukanlah sekadar satu set perisian dan perkakasan komputer yang menghasilkan data. Ia merupakan satu sistem pengendalian dan penganalisisan data yang mengandungi lima komponen utama iaiatu manusia, proses, perisian, perkakasan dan data. Di mana komponen ini saling berkait antara satu sama lain.

Sistem ini merupakan satu sistem yang amat penting. Peranan sistem maklumat adalah penting dalam meningkatkan kelebihan dan keburukan pesaing supaya organisasi menjadi sebuah organisasi yang mantap dan kuat serta dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi seterusnya akan digeruni oleh pesaing-pesaing yang lain.

Oleh itu kesimpulan yang saya perolehi adalah semua organisasi berhak untuk mendapatkan keuntungan, boleh mewujudkan penggantungan pelanggan , boleh mengurangkan kos, boleh membuat rangkaian kepada pelanggan mahupun pelabur serta mendapat segala kebaikan untuk organisasi mereka.persaingan yang wujud ini mampu menjadikan setiap organisasi memperbaiki prestasi dan dapat mewujudkan produk-produk baru dan berkualiti tinggi yang dapat memberi manafaat kepada pengguna.




Rujukan :
chriss Laszlo and nadya zhexem beyeva, embedded sustainalibility the next big competitive advantages, 2011 greenleaf publishing limited.

No comments:

Post a Comment