Wednesday, November 28, 2012

TREND-TREND BARU DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Folio2

Pengurusan sumber manusia di takrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dengan sesebuah organisasi. Apabila memperkatakan topik sumber manusia, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kumpulan manusia ini ditadbir atau dipimpin oleh seorang ketua yang diwakilkan oleh organisasinya dengan menggunakan metodologi  pengurusan sumber manusia. Pemimpin ini biasanya digelar pengurus sumber manusia. Perancangan sumber manusia pula menuntut pengurusan sumber manusia mengenali kehendak kakitangannya hasil daripada kerjanya sekaligus kehendak organisasi keatas kakitangan berkenaan. Cabaran kepada pengurusan sumber manusia ialah bagaimana menjadi “orang tengah” bagi merancang dengan teliti cara untuk menemukan kedua-dua kehendak ini dengan kualitatif dan kuantitatif.

    Pembanggunan pesat sumber manusia mengikut trend telah meninggalkan impak yang kuat terhadap evolusinya. Pengurusan dan perancangan sumber manusia bukanlah terikat kepada teknik-teknik tertentu, kerja-kerja berorientasikan personel dan perhubungan awam semata-mata. Ianya lebih cenderung kepada memahami objektif organisasi dan kakitangannya. Pengurus sumber manusia sesebuah organisasi ahruslah mengenali keperluan-keperluan ini dan mengatur strategi bagi mencapainya menerusi program pegambilan pekerja, latihan dan pembanggunan, kaunseling , perundingan, penilaian, gaji/pendapatan dan lain-lain. Pengurus sumber manusia juga perlu menjadi “orang lapang” dan tidak terhad kepada pejabat yang berhawa dingin sahaja.
Bagi mencapai kemahiran sumber manusia diatas , pengurusan dan perancangan menuntut supaya mereka yang terlibat dalam arena ini mengemaskini diri dengan pengetahuan-pengetahuan (knowledge management)  yang melibatkan aspek-aspek terkini dalam bidang kualiti, keselematan dan kesihatan pekerja, teknologi maklumat,elemen-elemen asas teknikal dan beraneka system serta metodologi pembanggunan pengurusan moden. Hari ini juga sedang hangat diperkatakan impak globalisasi moden terhadap pengurusan sumber manusia.

 Disini saya ingin sertakan beberapa trend-trend yang baru dan sedang diperhatikan dalam pengurusan sumber manusia:
      i.        Pengurusan kualiti baru-baru ini iaitu piawaian ISO 9001 dan ISO 9004 daripada lebih 2000 menjadi tumpuan pertubuhan-pertubuhan sentrik.( Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara.)
    ii.        Anjakan paradigma. Suatu ketika dahulu, sumber manusia dikenali sebagai “kos” kepada organisasi. Kini mereka dikenali pula sebagai “asset” kepada organisasi. Anjakan paradigm inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang telah ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka.
   iii.        Dll.

Pengurusan tertinggi organisasi kian sedar kepentingan adalah barisan pengurusan dan perancangan sumber manusia yang trampil. Mereka juga memastikan kakitangan yang menerajui jabatan sumber manusia sesebuah organisasi adalah terdiri daripada mereka yang mampu memanisfetasikan misi, objektif dan sasaran korperat.
Kesimpulannya, perubahan –perubahan yang berlaku dalam trend semasa sumber manusia adalah suatu perkara yang baik.ini kerana perubahan ini juga merangkumi semua aspek yang berlaku samaada dalam organisasi atau di luar organisasi itu sendiri.

Rujukan :


No comments:

Post a Comment