Wednesday, November 28, 2012

WEB BERASASKAN PEMBELAJARAN DAN PEMBANGGUNAN PEKERJA (ELD)


Folio2

Pembanggunan pekerja merujuk kepada pendidikan formal, pengalaman pekerja , perhubungan dan penilaian personaliti dan kebolehan yang dapat membantu para pekerja berprestasi dengan lebih berkesan dalam pekerjaan semasa dan akan datang. Pembanggunan pekerja merupakan kompenen penting dalam usaha sesebuah organisasi untuk :

v  Memperbaiki kualiti
v  Mengekalkan para pekerja penting
v  Memenuhi cabaran persaingan global dan perubahan sosial
v  Menyesuaikan pembaharuan teknologi dalam rekabentuk kerja

Menurut (Todd J.Maurer, 2000) Pembelajaran dan pembanggunan pekerja merujuk kepada latihan dan pembanggunan pekerja di mana ianya adalah sebagai tujuan yang mengandungi kognitif iaitu pemikiran yang efektif dan tingkahlaku yang menggambarkan kearah pembelajaran yang berterusan.
Salah satu tujuan dan pembelajaran pekerja adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dan organisasi itu sendiri serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pekerja untuk di aplikasikan dalam bidang tugas mereka. Program pembanggunan pekerja juga bertujuan mengendalikan dan memberi persediaan pekerja ke arah pekerjaan masa hadapan mereka.
Antara tujuan lain pembelajaran dan pembanggunan pekerja adalah untuk memastikan pekerja itu sendiri boleh berdaya saing dalam pekerjaan mereka dan berdaya saing dalam prestasi pekerjaan mereka. Selain itu, ini juga bertujuan untuk membantu mereka dalam menangani tekanan diri dalam menerima bebanan tugasan yang mereka hadapi.
Pembelajaran dan pembanggunan pekerja secara umumnya mempunyai lima kompenan utama iaitu:
                      i.        Maklumat peribadi pekerja sebagai satu perisian atau system dalam talian bagi satu penyelesaian untuk kemasukan data, menjejak data dan maklumat data yang diperlukan dalam mengendalikan latihan dan pembanggunan. Maklumat peribadi mengandungi maklumat yang diperlukan dalam kenalan seperti nama,no telefon, no faks alamat dan lain-lain. (Alfred J.walker,1993)
                    ii.        Prestasi sebelum latihan. Oraganisasi boleh mempertimbangkan latarbelakang pendidikan pengalaman pekerja, tahap prestasi dan bagaimana pekerja membina kerja dan tanggungjawabnya. Kritria yang perlu diukur ialah melalui keperluan memahami prestasi semasa untuk merapatkan jurang prestasi yang kurang baik kepada yang lebih baik. Seterusnya mengambil bahagian dalam apa-apa penilaian tambahan yang diperlukan untuk latihan supaya dapat jaminan bahawa latihan yang diadakan itu mendapat impak yang sepatutnya.(Alfred J.walker,1993)
                   iii.        Kursus latihan iaitu satu siri pembelajaran untuk mengajar kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan tugasan dalam pekerjaan.
                   iv.        Pemindahan latihan iaitu pembelajaran semasa latihan dapat di aplikasikan di tempat kerja. Penilaian ini untuk mengukur keberkesanan pembelajaran pekerja dalam mempelajari sesuatu latihan dalam program latihan yang diadakan oleh organisasi. (Raymond A.Noe,2000)
                     v.        Penilaian program  untuk menilai itu Berjaya atau tidak Berjaya. Penilaian program boleh dinilai melalui penilaian model kirtoatrick iaitu penilaian melalui pembelajaran yang dapat di cerap oleh peserta melalui ujian bertulis selepas latihan, tingkahlaku yang berubah melalui pemindahan pembelajaran sebelum latihan dan selepas latihan.

Penggunaan sistem terhadap program pembelajaran dan pembanggunan pekerja ialah dimana rekod maklumat yang disimpan adalah berhubungkait dengan pengurusan latihan. Segala pembelajaran latihan dan pembanggunan pekerja akan mempunyai perisian yang memudahkan proses program latihan dengan menganalisis latihan kepada penilaian latihan. Rekod maklumat peribadi pekerja dalam kehadiran pekerja, nama kursus dan siapa yang akan menjadi pengajar serta modul kursus yang harus diberikan. System ini juga merancang dan memantau latihan pekerja , pembanggunan kerjaya dan prestasi kerja.
Terdapat kelebihan dan keburukan dalam penggunaan sistem ini:

Kelebihan
Sistem ini  membolehkan pekerja memperbaiki kemahiran terhadap penggunaan komputer, dimana pekerja akan sentiasa menggunakan sistem ini dengan penggunaan perkakasan komputer. Selain itu, pekerja mempunyai peluang untuk menambah ilmu dalam melayari perisian sistem ini untuk mendapat maklumat kursus dan sekaligus dapat mengurangkan kos pengurusan organisasi.

Keburukan
Keburukan sistem ini adalah sesetengah isi kandungan sistem tidak sesuai dengan pengguna. Tidak semua pengguna sistem ini mempunyai masalah yang sama, penggunaan sistem boleh menimbulkan macam-macam masalah yang berlainan. Selain itu pengguna juga harus mempunyai kemahiran komputer untuk menggunakan sistem ini.
Kesimpulan yang saya dapat perolehi daripada tajuk ini adalah penggunaan sistem maklumat juga harus dititikberatkan oleh organisasi untuk memperkasakan lagi pekerja-pekerja yang mereka sedia ada dan memberikan keyakinan kepada pekerja mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.



Rujukan :



No comments:

Post a Comment