Wednesday, November 28, 2012

PENGAMBILAN & PEMILIHAN PEKERJA (HUMAN RESOURCES RECRUITING & STAFFING)


Folio1

Pengambilan dan pemilihan pekerja merupakan proses untuk mendapatkan , menempatkan dan menggalakkan bakal pekerja yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada atau jawatan yang bakal diwujudkan dalam sesebuah organisasi. Proses ini amat penting bagi menjamin pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Pengambilan dan pemilihan pekerja adalah suatu proses yang berlainan tetapi berkait rapat antara satu sama lain yang mana keduanya berbeza  mengikut pendapat masing-masing.

Pengambilan pekerja merupakan proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi  (Flynn, 1994; Farnham &Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish &Macklin, 2004). Pengambilan pekerja juga merupakan  salah satu bahagian dalam proses mendapatkan sumber manusia sebagai asset sesebuah Negara dan organisasi.  Ianya adalah satu kaedah yang perlu  ada dalam pengurusan sumber manusia. Menurut Flippo, “pengambilan kakitangan merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja yang ditawarkan oleh organisasi”. Manakala Hellriegel & slocum pula mendifinisikan  bahawa pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja samaada dari dalam atau luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya adalah untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah. Daripada pengertian diatas maka dapat kita rumuskan bahawa pengambilan pekerja adalah suatu proses pencarian calon yang benar-benar berpotensi dengan jawatan yang ditawarkan. Dengan kata lain ianya adalah satu kaedah yang digunakan dalam mendapatkan calon-calon yang mempunyai kelayakan yang benar-benar sesuai dengan jawatan yang sedia ada atau yang ditawarkan dalam sesebuah organisasi. Dalam usaha mencapai tujuan tersebut maka beberapa kategori harus diambil perhatian. Antaranya adalah daripada sumber mana dan kaedah apakah yang perlu dilakukan dalam pengambilan pekerja. Dalam hal ini, kaedah pengambilan haruslah dititikberatkan kerana daripada kaedah inilah maka kita akan dapat tenaga sumber manusia sebagai tenaga kerja. 

Terdapat dua kategori atau kaedah pengambilan pekerja iaitu kaedah pengambilan dalaman dan kaedah pengambilan luaran.

 1)    Kaedah pengambilan dalaman
Kebanyakan organisasi besar terutamanya lebih gemar menggunakan kaedah ini iaitu pengambilan kakitangan daripada kalangan pekerja dalamannya. Antara cara yang digunakan adalah:
Ø  promosi dan tawaran
Ø  rujukan atau cadangan pekerja
Ø  pertukaran
Ø  penempatan jawatan

2)   Kaedah pengambilan Luaran
Kaedah pengambilan luaran amat terkenal dikalangan syarikat-syarikatyang mahukan variasi dan perubahan dalam organisasi mereka. Ianya juga digunakan apabila kaedah pengambilan dalaman tidak mendapat sambutan ataupun kekosongan jawatan adalah banyak dan memerlukan professional yang memerlukan pengkhususan jawatan atau jawatan yang memerlukan kelulusan dalam bidang-bidang tertentu. Antara kaedah yang digunakan adalah :
Ø  Pengiklanan
Ø  Syarikat atau agensi pekerjaan
Ø  Latihan pusat pengajian
Ø  Organisasi atau badan profesional

Manakala pemilihan pekerja merupakan proses mengenalpasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam sesebuah organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan yang ditawarkan dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi oleh sumber manusia dalam organisasi dapat menghasilkan calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington & Hall (1991) berpendapat bahawa pemilihan pekerja yang dilakukan dengan  berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan sekaligus mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga.

Menurut Ramsey (1994) serta Ahmad dan Schroeder (2002),  untuk melaksanakan pemilihan pekerja yang efektif, strategi pengambilan memerlukan tiga tujuan utama iaitu:

a)    Meningkatkan jumlah pemohon yang berkelayakan bagi sesuatu jawatan
b)   Mengikut kehendak sosial dan undang-undang yang telah menetapkan kuota terutamanya ciri-ciri demografi pekerja yang dipilih dalam organisasi
c)    Mengurangkan kos pengambilan dan pemilihan pekerja iaitu melalui kejayaan menarik seberapa ramai calon untuk jawatan tersebut

Kesimpulannya strategi pemilihan dan pengambilan pekerja  yang digariskan oleh (Flynn, 1994; Farnham &Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish &Macklin, 2004) serta Ramsey (1994) serta Ahmad dan Schroeder (2002),  boleh memberikan kesan positif kepada organisasi dan masalah-masalah sumber manusia pusing ganti pekerja yang tinggi, ketidakhadiran dan ketidakpuasan kerja dapat diminimumkan. Masalah-masalah yang berkait dengan pengurusan merupakan cabaran kepada amalan pengambilan dan pemilihan pekerja. Herriot (1989) mendapati bahwa amalan tersebut semakin kritikal kerana walaupun  firma Berjaya memilih pekerja yang berkualiti, mereka akhirnya akan meninggalkan organisasi. Sebarang kesilapan yang berlaku dalam pengambilan dan pemilihan pekerja boleh mengakibatkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, organisasi tergendala dan moral pekerja menjadi rendah.





RUJUKAN :
Flynn, G. (1994). Attracting the right employees and keeping them. Personel journal, 73, 44-49.
Farnham, D, & Stevens, A (2000) . Deceloping and implementing competence-based recruitment and selection in a social service department – A case study of west Sussex country council. International journal of public.
Sector management, 13(4), 369-382 MIN, j.c & Kleiner.  B.H (2001). How to hire employees effectively. Management research news, 24(12), 31-38.

No comments:

Post a Comment