Wednesday, November 28, 2012

SISTEM PENGURUSAN PRESTASI (HR PERFORMANCE MANAGEMENT SYSTEM)


Folio1

Sistem pengurusan prestasi bermaksud suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh tertentu. Dalam erti kata lain, sistem ini  merupakan satu sistem yang mengurus dan mentadbir penilaian prestasi setiap anggota organisasi bawahannya.  Sistem ini adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana :

Ø  Menghubungkaitkan anggota dengan rancangan / Tindakan kerja organisasi (SKT)
Ø  Maklumbalas antara pekerja dan majikan
Ø  Membuat petunjuk prestasi, pengukuran dan penilaian
Ø  Kaunseling, Motivasi dan Insentif
Ø  Menerapkan budaya kerja berprestasi cemerlang

Dalam sesuatu pengurusan prestasi, pekara yang perlu dipertimbangkan ialah prestasi pengurus yang cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Sesuatu cara pengurusan bergantung kepada beberapa faktor iaitu personaliti individu, suasana tempat kerja, ukuran masa dan budaya sesuatu organisasi. Pengurusan prestasi yang berkesan harus mempunyai panduan dan bantuan dalam pembangunan sumber manusia. Menurut Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan " Sekiranya pendekatan pengurusan moden membenarkan professional ( termasuk pengurus ; pentadbir ) berpegang teguh kepada 'share value' sesuatu organisasi tanpa mengambilkira samada bercanggah atau tidak dengan sistem nilai yang lebih besar yang wujud di luar profession, maka di dalam Islam kesetian kepada perintah Allah dan Rasul wujud nilai utama yang mengatasi segala nilai-nilai lain yang wujud di dalam sesuatu sub-sistem atau sub budaya".( Shahrom, 1962 ).
Definisi penilaian prestasi pula merujuk (Coen & Jenkins,200) “ Performance appraisal is a precess of evaluating or judging the way in which someone is functioning. It involves a systematic evaluation of employees by his or her supervisor or some other qualified person who is familiar with the overall employees performance” .
Sistem penilaian prestasi adalah suatu sistem instrumen penting pengurusan sumber manusia bagi menilai pencapaian prestasi anggota perkhidmatan awam dan pencapaian matlamat organisasi.

 Terdapat dua objektif utama penilaian prestasi iaitu:
a)    Judgemental : Fokus adlah untuk menilai setiap pekerja bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan “reward and sanction”
b)   Developtment : Fokus adalah untuk menyediakan maklumbalas tentang kekuatan dan kelemahan pekerja bagi membolehkan mereka meningkatkan pencapaian. (prestasi).

Sebelum menilai prestasi, terdapat prinsip-prinsip asas dan tujuan penialaian yang ingin saya ketengahkan  . prinsip & tujuan penialaian prestasi tersebut adalah seperti berikut:

Ø  Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi
Ø  Menentukan kesesuain dan kelayakan untuk kenaikan pangkat , pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara
Ø  Menentukan kelayakan atau kesesuain untuk pergerakan gaji
Ø  Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang (APC) , darjah kebesaran, bintang, pingat serta surat penghargaan
Ø  Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan
Ø  Memberi kaunseling bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi pekerja.

Seterusnya saya ingin sertakan sekali tentang ciri-ciri penilaian prestasi. Penilaian prestasi bagi pekerja haruslah dilakukan secara terang objektifnya, adil dan telus. Penilaian haruslah dilakukan berdasarkan pencapaian kerja sebenar dan bukanlah mengikut pengaruh atau melalui hubungan rapat dengan pekerja tersebut. Penilaian haruslah dibuat dengan cermat dan tidak tergesa-gesa. Selain itu penilaian juga tidak boleh di pengaruhi oleh prestasi tahun sebelumnya dan tidak memilih kasih kepada sebelah atau mana-mana pihak.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan prestasi dalam organisasi haruslah di titikberatkan oleh semua organisasi supaya semua pekerja dapat perolehi kebaikan dan mengelakkan dari penurunan prestasi pekerja tersebut.



Rujukan:

No comments:

Post a Comment